Elena Duggan

Elena Jo Duggan (lahir 1 Jun 1983) ialah tukang masak Australia. Beliau ialah pemenang siri MasterChef Australia 2016. Duggan memohon masuk MasterChef pada tahun 2015 tetapi tidak berjaya.[1] Beliau mencuba lagi pada tahun 2016 dan diterima, setelah membuat hidangan uji bakat ikan dan jejari kentang.[2] Pada 26 Julai 2016, dia bersaing di peringkat akhir menentang Matt Sinclair, akhirnya mencipta pencuci mulut yang lebih baik dan memenangi siri ini dengan mata 86 berbanding 84.[3]Beliau kembali pada musim 11 pada tahun 2019 sebagai mentor jemputan untuk pasukan hijau di Noosa Surf Club untuk cabaran berpasukan Minggu Queensland, di mana beliau mendedahkan bahawa beliau hamil, Matt juga merupakan mentor untuk pasukan biru.